Oh! Negara
Mahkamah Koroner tetapkan inkues kematian pelajar Zara Qairina September ini dengan 195 saksi dipanggil.
Kadang-kadang bila dengar berita tentang pelajar sekolah yang meninggal dalam keadaan tragis, memang menusuk hati. Lagi-lagi bila kes melibatkan Zara Qairina, pelajar Tingkatan Satu dari Sabah.
Kini, selepas lama menunggu, mahkamah akhirnya menetapkan tarikh untuk prosiding inkues kes kematian arwah.
Memetik laporan Berita Harian, Mahkamah Koroner memutuskan prosiding inkues ini akan bermula pada bulan September 2025. Tarikh yang ditetapkan adalah 3 hingga 4 September, 8 hingga 12 September, 17 hingga 19 September, serta 22 hingga 20 September.
Hampir 200 saksi bakal beri keterangan kes Zara Qairina…
Inkues ini akan menentukan sama ada kes kematian Zara Qairina mempunyai unsur jenayah atau sebaliknya. Jadi, memang ramai yang tunggu keputusan ini untuk tahu apa sebenarnya berlaku.
Difahamkan, sebanyak 195 orang saksi sudah dikenal pasti untuk tampil memberi keterangan sepanjang prosiding. Jumlah ini sendiri menunjukkan betapa besar dan seriusnya kes ini.
Pihak mahkamah juga tekankan kepentingan kes ini bukan hanya untuk keluarga arwah, tapi untuk masyarakat secara umum.
Permohonan untuk percepatkan inkues…
Memandangkan kes ini adalah suatu kes yang berkepentingan awam, jabatan ini akan memohon permohonan kes ini dipercepat demi memastikan keadilan dapat ditegakkan, bukan saja kepada keluarga Allahyarhamah Zara Qairina, tetapi juga demi kepentingan masyarakat umum.- Kata pihak berkuasa.
Jelas kenyataan itu lagi, semua pihak mahu keadilan ditegakkan dengan segera. Bukan sahaja untuk meredakan hati keluarga Zara Qairina, tapi juga untuk memberi keyakinan kepada orang ramai.
Pssttt! Bila dengar kes macam ni, kita sebagai masyarakat jangan hanya tengok dari jauh. Ambil pengajaran bahawa setiap nyawa ada nilai yang tak ternilai. Keadilan perlu ditegakkan bukan hanya untuk individu, tapi untuk semua. Ohmedia harap korang terus cakna dan prihatin dengan isu-isu sebegini kerana ia menyentuh masa depan generasi kita juga.
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!