PARIS: Sekurang-kurangnya 2,745,337 mangsa terkoban akibat COVID-19 setakat hari ini, sejak virus itu muncul di China pada Disember 2019.
Sekurang-kurangnya 124,813,160 kes COVID-19 didaftarkan dengan sebahagian besar sudah pulih, walaupun ada yang terus mengalami gejala beberapa minggu atau bulan kemudian.
Ia berdasarkan angka harian diberikan pihak berkuasa kesihatan setiap negara, tidak termasuk penilaian semula oleh organisasi statistik, seperti yang berlaku di Russia, Sepanyol dan Britain.
Semalam, sebanyak 10,063 kematian dan 624,777 kes baharu direkod di seluruh dunia.
Berdasarkan laporan terkini, Brazil muncul negara merekodkan kes kematian baharu tertinggi iaitu 2,009 kes, disusuli Amerika Syarikat (AS) dengan 1,362 kes dan Mexico (579).
AS negara paling teruk terjejas dengan 545,282 kes kematian, berbanding 30,011,551 kes jangkitan.
Ia disusuli Brazil dengan 300,685 kematian berbanding 12,220,011 kes, manakala Mexico (199,627 kematian daripada 2,208,755 kes), India (160,692 kematian daripada 11,787,534 kes), dan United Kingdom (126,382 kematian daripada 4,312,908 kes).
Negara dengan jumlah kematian tertinggi berbanding rakyatnya ialah Republik Czech dengan 238 kematian per 100,000 penduduk, disusuli Belgium (197), Hungaria (196), Montenegro (195) dan Slovenia (192).
Secara keseluruhan Eropah merekodkan 932,228 kematian daripada 42,157,651 kes, manakala Amerika Latin dan Caribbean (753,603 kematian daripada 23,955,190 jangkitan) serta AS dan Kanada (568,035 kematian daripada 30,956,316 kes).
Asia melaporkan 267,927 kematian daripada 17,286,152 kes, manakala Timur Tengah (111,697 kematian daripada 6,283,786 kes), Afrika (110,871 kematian daripada 4,138,525 kes), dan Oceania (976 kematian daripada 35,541 kes). – AFP
© New Straits Times Press (M) Bhd




