2 beradik maut kemalangan kereta dengan trak pikap

2 beradik maut kemalangan kereta dengan trak pikap

am@hmetro.com.my

Kota Tinggi: Dua beradik maut manakala dua lagi termasuk kanak-kanak lima bulan parah dalam kemalangan jalan raya membabitkan kereta dan trak pikap di Jalan Kota Tinggi ke Penawar berhampiran Air Tawar 3 di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.33 pagi dan satu jentera bersama tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, kemalangan membabitkan lima mangsa yang menaiki trak pikap Toyota Hilux dan kereta Proton Wira.

Katanya, dua daripada mangsa maut di tempat kejadian, dua mengalami kecederaan parah dan seorang mengalami kecederaan ringan.

“Anggota Bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian hadapan kereta jenis Proton Wira dan menyerahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.

“Manakala mangsa yang mengalami kecederaan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Katanya, mangsa yang maut adalah dua beradik iaitu Mohamad Syahriel Aiman, 22 dan Nurul Saidatul Akmar Darwis, 36 yang menaiki Proton Wira.

Manakala Toyota Hilux, Suano Jamarin, 57, selamat dan dua lagi mangsa yang cedera parah adalah Rukiah Mohd Alwee, 61 dan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima bulan.

Operasi tamat pada 11.55 pagi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top