2 daripada 15 jenazah penuntut UPSI tiba di Masjid Hadhari 10.30 malam ini

2 daripada 15 jenazah penuntut UPSI tiba di Masjid Hadhari 10.30 malam ini

zatuliffah@hmetro.com.my

Besut: Jenazah 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terbabit dalam kemalangan tragis di Perak dijangka disolatkan di Masjid Hadhari, Jertih.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Putera, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, dua jenazah dari Hospital Gerik sudah bergerak menuju ke Besut pada jam 6.30 petang tadi.

Katanya, 13 lagi van jenazah yang membawa 13 lagi penuntut itu bergerak pulang serentak secara konvoi diiringi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

“Kita menjangkakan dua jenazah akan tiba di Masjid Hadhari untuk disembahyangkan pada jam 10.30 malam nanti sebelum dibawa ke kampung masing-masing.

“Semua jenazah yang lain juga akan dibawa ke masjid yang sama terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu dilaporkan bahawa 15 pelajar terkorban dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini.

Bas berkenaan dalam perjalanan dari Jertih ke kampus utama universiti berkenaan

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top