Riyadh: Serangan dua dron ke atas kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Riyadh mencetuskan kebakaran, menurut
jurucakap kementerian pertahanan Arab Saudi, padaSelasa.
Letupan kuat kedengaran dan kepulan asap dilihat di kawasan diplomatik Riyadh, tempat kedutaan asing di ibu negara Saudi dan kediaman diplomat asing, empat saksi memberitahu AFP awal pagi Selasa.
“Saya terdengar dua letupan diikuti asap naik di kawasan itu,” kata seorang penduduk yang lebih suka tidak mahu namanya disiarkan kerana sensitiviti perkara itu.
Letupan itu kedengaran ketika Iran meneruskan kempennya yang menyasarkan negara-negara Teluk termasuk Arab Saudi dengan gelombang serangan peluru berpandu dan dron sebagai tindak balas terhadap serangan udara AS dan Israel.
© New Straits Times Press (M) Bhd




