am@hmetro.com.my
Johor Bahru: Dua lelaki meninggal dunia manakala seorang terselamat dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan sebuah lori 10 tan di Jalan Pontian Lama, berhampiran bulatan Taman Desa Skudai di sini, hari ini.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai Suraini Adnan berkata, mangsa meninggal dunia di lokasi dalam kemalangan jam 12.11 tengah malam.
“Tujuh anggota dikerah ke lokasi dan kemalangan membabitkan Proton Waja dengan lori. Seorang mangsa berusia 43 tahun meninggal dunia akibat tersepit di dalam kereta.
“Lelaki kedua, juga berusia 43 tahun, meninggal dunia namun tidak tersepit,” katanya pada kenyataan.
Pemandu lori berusia 36 tahun selamat. Mangsa yang tersepit dikeluarkan menggunakan peralatan khas sebelum mayat diserah kepada polis untuk tindakan lanjut.
© New Straits Times Press (M) Bhd