2 pengawal keselamatan menyamar polis, peras ugut pasangan kekasih ditahan

2 pengawal keselamatan menyamar polis, peras ugut pasangan kekasih ditahan

am@hmetro.com.my

Pasir Gudang : Polis menahan dua pengawal keselamatan yang menyamar sebagai anggota polis dan mengugut sepasang kekasih, di Kota Masai di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, suspek lelaki tempatan masing-masing berusia 29 tahun itu memeras ugut pasangan berkenaan sebanyak RM2,000.

Katanya kegiatan itu dilakukan kedua suspek ketika itu pasangan kekasih berkenaan yang sedang berdua-duaan dalam kereta.

“Kedua-dua suspek sudah ditahan polis dan direman selama tujuh hari sehingga 27 Ogos ini.

“Siasatan mendapati seorang daripadanya mempunyai empat rekod dadah manakala seorang lagi ada satu rekod jenayah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top