2 saja kena kompaun

2 saja kena kompaun

saadiah_ismail@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Tahap pematuhan rakyat terhadap prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 bertambah baik apabila hanya dua individu ditahan dan dikompaun dalam operasi pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), semalam.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan yang direkodkan adalah merentas negeri tanpa kebenaran.

Sementara itu, katanya dalam Op Benteng pula, pihak berkuasa berjaya menangkap 50 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas dua bot serta lima kenderaan darat.

“Selain itu sebanyak 124 bot dikesan di perairan negara melalui tujuh aktiviti penglihatan dan 11 PATI diusir melalui tiga aktiviti pengusiran,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top