“2 Tahun Saya Tunggu” – Sarah Yasmine Tuntut Bella, Didi Astillah Tunai Janji

“2 Tahun Saya Tunggu” – Sarah Yasmine Tuntut Bella, Didi Astillah Tunai Janji

Pempengaruh media sosial berasal dari Singapura, Sarah Yasmine memuat naik hantaran menuntut penjelasan daripada Bella Astillah dan Didi Astillah.

Menerusi perkongsian di Threads, Sarah meminta penjelasan selepas mendakwa Bella dan adiknya gagal menunaikan janji yang belum ditunaikan sejak dua tahun lalu.

BACA: “Menang Feminine Award Tapi Tak Feminine Sangat Pun #YTJT” – Sarah Yasmine 

“Assalamualaikum Bella Astillah dan Didi Astillah, harap kamu berdua sihat-sihat saja. Dah bahagia sekarang kan? Alhamdulillah. Saya cuma nak tanya, bila nak tunaikan kata-kata dan janji yang pernah diberikan kepada saya?

“Dah dua tahun saya tunggu. Jika kamu boleh beritahu ibu saya secara berdepan bahawa saya bukan penyondol, kenapa perkara itu tidak dilakukan secara terbuka sepanjang dua tahun ini?” tulisnya.

Menurut Sarah lagi, dia sudah lama berdiam diri serta perlu menanggung kecaman dilemparkan terhadapnya sehingga anak-anaknya juga turut terkesan.

“Saya dah lama berdiam diri. Saya telan semuanya, terima semua kecaman, ugutan, dan semuanya hanya untuk selamatkan awak.

“Apa yang saya lakukan bukan saja untuk awak, tetapi juga demi kanak-anak awak juga. Tapi bagaimana dengan anak-anak saya? Ejekan semakin melampau. Jadi kenapa kamu masih tak lakukan apa-apa untuk melindungi anak-anak saya?

“Dari awal hingga sekarang, saya tidak pernah meminta apa-apa kecuali lindungi anak-anak saya dan nama baik saya demi mereka.

“Kenapa awak berdua masih belum lakukan perkara yang sama untuk saya, selepas semua yang telah saya lakukan untuk kamu apabila kamu minta bantuan saya?” katanya.

Dalam pada itu, Sarah berkata dia tidak akan teragak-agak mendedahkan perkara sebenar jika tiada sebarang tindakan diambil oleh Bella dan Didi.

Terdahulu, Sarah mengakui dirinya merupakan kekasih gelap kepada penyanyi sensasi, Aliff Aziz.


Scroll to Top