20 individu ditahan bawa jemaah haji secara haram

20 individu ditahan bawa jemaah haji secara haram

Makkah: Pasukan keselamatan haji Arab Saudi di pintu masuk ke Mekah menahan 20 individu, terdiri daripada lima ekspatriat dan 15 warganegara kerana melanggar peraturan haji dengan membawa 94 jemaah tanpa permit sah.

Menurut Agensi Akhbar Saudi (SPA), Kementerian Dalam Negeri telah memulakan tindakan pentadbiran terhadap semua pihak yang terlibat termasuk pemandu, rakan subahat serta jemaah tanpa kebenaran.

Langkah-langkah dikenakan termasuk hukuman penjara, denda sehingga SR100,000 serta penyiaran identiti pesalah secara terbuka.

Warga asing yang terlibat akan dihantar pulang selepas tamat hukuman dan dilarang memasuki Arab Saudi selama 10 tahun.

Kenderaan yang digunakan juga akan dirampas.

Kementerian turut mengingatkan sesiapa yang cuba menunaikan haji tanpa permit akan dikenakan denda sehingga SR20,000.

Kementerian Dalam Negeri menyeru semua rakyat dan penduduk supaya mematuhi peraturan dan arahan haji secara tegas, bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua jemaah dalam melaksanakan ibadah suci itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top