20 mata bukan jurang besar – Bagnaia

20 mata bukan jurang besar – Bagnaia

Bangkok: Francesco Bagnaia tidak merasa tertekan dengan defisit 20 mata di belakang Jorge Martin dalam kedudukan MotoGP 2024, kerana dia menganggap itu “bukan jurang yang besar”.

Selepas menamatkan perlumbaan di tempat ketiga di belakang Martin minggu lalu di Australia, Martin kini mempunyai kelebihan 20 mata ke atas Bagnaia dengan persaingan masih berbaki tiga pusingan bermula dengan Grand Prix Thailand.

Begitupun ia bergantung kepada kepada keputusan perlumbaan di Buriram, di mana GP Thailand tahun lalu menjadi salah satu pusingan terbaik bagi pelumba Pramac itu.

Martin mungkin akan hadir Malaysia minggu depan dengan peluang untuk memenangi kejuaraan pertamanya.

Namun, Bagnaia yang pernah menutup jurang 91 mata ketika memenangi kejuaraan 2022, tidak melihat jurang 20 mata yang ada sekarang sebagai masalah dalam era perlumbaan moden.

“Ia berbeza,” katanya ketika ditanya tentang kedudukannya sebagai pengejar.

“Tiga tahun lalu, dua tahun lalu, apabila anda tiba dengan tiga perlumbaan lagi dan memiliki 20 mata, ia lebih kritikal berbanding sekarang di mana setiap hujung minggu anda boleh meraih 12 mata tambahan.

“Jadi, ia sedikit berbeza. Seperti yang kita lihat mudah untuk meraih banyak, tetapi juga mudah untuk kehilangan banyak.

“Jadi, tiga tahun lalu ia berbeza dan sekarang 20 mata bukanlah jurang yang besar,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top