20,000 hadir Malam Himpunan dan Selawat Malaysiaku Bersama Gaza

20,000 hadir Malam Himpunan dan Selawat Malaysiaku Bersama Gaza

harisfadli@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kira-kira 20,000 peserta dianggarkan menghadiri Program Malam Himpunan dan Selawat Malaysiaku Bersama Gaza di Dataran Merdeka, di sini, malam ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, himpunan yang dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berjalan lancar tanpa sebaran insiden tidak diinginkan.

“Kekuatan pegawai dan anggota seramai 180 orang dikerahkan untuk kawalan keselamatan dan tiada sebarang insiden berlaku serta tiada laporan polis diterima (setakat ini),” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Terdahulu Harian Metro melaporkan, Anwar mengumumkan dana RM100 juta diperuntukkan kerajaan bagi disalurkan kepada negara bergolak, Palestin sebagai lambang solidariti kepada rakyat negara itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top