New Delhi: Seramai 202 mangsa nahas pesawat Air India Penerbangan 171 yang terhempas ke asrama kolej perubatan di bandar Ahmedabad, barat India minggu lepas sudah dikenal pasti melalui ujian DNA setakat Rabu, menurut kerajaan Gujarat.
Menurut kerajaan tempatan, kira-kira 169 daripada mayat yang dikenal pasti diserahkan kepada ahli keluarga, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Kejadian pada Khamis lalu apabila pesawat itu terhempas ke kompleks asrama sejurus selepas ia berlepas.
Media tempatan pada Sabtu melaporkan bahawa angka korban meningkat kepada 274 selepas pasukan penyelamat menemukan lebih banyak mayat di lokasi nahas, manakala Air India sebelum ini mengesahkan kematian 241 daripada 242 penumpang pesawat itu.
Hanya seorang penumpang terselamat dalam nahas itu.
© New Straits Times Press (M) Bhd




