Asnan tekad rebut tempat

PEMAIN tengah Kedah Darul Aman FC, Asnan Ahmad perlu bekerja lebih keras untuk bersaing merebut tempat selepas berhijrah daripada Terengganu FC pada jendela perpindahan kedua Liga Super baru-baru ini. Asnan mengakui teruja apabila kembali ke negeri kelahirannya selepas kali terakhir beraksi di Kedah ketika Piala Presiden pada tahun 2013, namun memberi bayangan ia bukan mudah … Read more

Hakim Danish bakal gegar ETC

JUARA sulung Kejohanan SIC MiniGP, Hakim Danish Ramli bakal berlumba dalam perlumbaan European Talent Cup (ETC) di Barcelona-Catalunya, Sepanyol pada 13 Jun ini. Menurut satu kenyataan dikeluarkan Sepang International Circuit (SIC) Sdn Bhd pada Isnin, Hakim Danish akan menyertai rakan sepasukannya, Sharul Ezwan dalam Liqui Moly Intact SIC Racing Team. SIC menjelaskan, Hakim Danish dipilih … Read more

Gandingan ‘Patatimo’ mula congak langkah

BEREGU badminton lelaki muda negara, Wan Arif Wan Junaidi-Mohd Haikal Nazri menganggap kejayaan menjuarai Terbuka Austria pada Ahad sebagai batu loncatan untuk memburu lebih banyak kejuaraan di pentas antarabangsa. Mereka yang dikenali dengan julukan gandingan ‘Patatimo’ kerana berasal dari Terengganu dan Kelantan mencipta sensasi apabila mengejutkan pilihan kelima kejohanan dari Perancis, Lucas Corvee-Ronan Labar 21-17, … Read more

Pengasuh Aafiyah selamat bernikah, Siti Nurhaliza taja busana pengantin

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan anak penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah, pasti mengenali gerangan pengasuhnya dikenali sebagai Dayah Zubit yang pernah tular sebelum ini. Terbaru, wanita berusia 25 tahun itu selamat bernikah dengan pemain sayap pasukan bola sepak Terengganu FC II (TFC II) Ridzuan Razali dipercayai diadakan di sebuah dewan di Sungai … Read more

‘Kami mahu menjadi yang pertama raih emas Olimpik’

PEMAIN beregu badminton lelaki nombor satu negara, Aaron Chia bertekad untuk menamatkan penantian pingat emas pertama negara dpada Sukan Olimpik Tokyo 2020. Aaron yang berpasangan dengan Soh Wooi Yik berkata, mereka mahu menjadi pemenang pingat emas pertama negara pada temasya sukan terbesar di dunia itu yang dijadualkan bermula 23 Julai di Tokyo. “Kami mahu menjadi … Read more

Khairulamirin pahat sejarah tersendiri

KHAIRULAMIRIN Yahaya melakar sejarah sukan permotoran negara apabila muncul pelumba Malaysia pertama beraksi dalam Kejuaraan Supermoto Eropah S4 mewakili Supermotoland Husqvarna Junior Talent Team. Pelumba berusia 19 tahun yang sudah dua tahun berkecimpung dalam Kejuaraan Supermoto Sepanyol itu melangkah setapak lagi dengan penyertaan sulungnya pada 27 Jun di Grand Prix Abruzzo di Ortona, Itali. Khairulamirin … Read more

Copa America tidak akan dianjurkan di Argentina

PENGANJURAN Copa America semakin tidak menentu apabila Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) menggugurkan Argentina sebagai hos kejohanan itu berikutan krisis pandemik Covid-19 di negara berkenaan. Sebelum ini, Argentina dipilih untuk mengambil alih kejohanan berprestij di benua Amerika Selatan itu yang dijadualkan berlangsung di Buenos Aires dari 13 Jun hingga 10 Julai depan. Ia berikutan … Read more