Isu rasuah melibatkan perolehan projek ketenteraan kembali mencuri tumpuan. Terbaharu, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan sebanyak 21 akaun bank dan menyita dua buah hotel yang dipercayai milik seorang pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan nilai keseluruhan dianggarkan mencecah RM2 juta.
Siasatan libatkan syarikat kroni dan aset pegawai kanan

Menerusi laporan daripada Berita Harian, pembekuan akaun tersebut melibatkan tujuh akaun milik syarikat dan 14 akaun perbankan individu, dengan jumlah keseluruhan wang yang dibekukan sekitar RM700,000.
Siasatan awal mendapati beberapa syarikat disyaki terlibat dalam kegiatan rasuah bagi mengesyorkan serta melantik syarikat kroni pegawai kanan TLDM itu untuk mendapatkan projek.
Dalam operasi yang dijalankan oleh Bahagian Perisikan SPRM itu, dua hotel yang dipercayai menjadi aset pegawai kanan berkenaan turut disita selepas disyaki diperoleh hasil kegiatan rasuah.
SPRM kini sedang menjalankan semakan lanjut bersama Jabatan Akauntan Negara bagi mengenal pasti sama ada terdapat sebarang tender atau sebut harga yang diluluskan kepada syarikat-syarikat terlibat.
Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin mengesahkan perkembangan tersebut dan memaklumkan siasatan sedang dipergiatkan ketika ini.
SPRM telah merakam percakapan tujuh individu yang disyaki terlibat bagi membantu siasatan.- Katanya
Beberapa hari lalu, SPRM telah menahan seorang pengarah syarikat dan seorang pegawai kanan TLDM kerana disyaki terlibat dalam kes berkenaan.
Susulan penahanan itu, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari sehingga 29 Januari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.
Pssttt! Setiap jawatan datang bersama amanah dan tanggungjawab. Apabila kuasa disalahgunakan untuk kepentingan peribadi, implikasinya bukan sahaja melibatkan individu, malah mencemarkan integriti organisasi dan perkhidmatan awam itu sendiri.
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.




