19 Julai 2025 10:44pm
Masa membaca: 4 minit

Kejadian berlaku di jalan antara daerah Firuzabad dan Kavar.
TEHRAN – Sekurang-kurangnya 21 orang maut manakala 37 lagi cedera apabila sebuah bas terbalik di jalan antara bandar di wilayah Fars, selatan Iran pada Sabtu, lapor Xinhua.
Menurut agensi berita rasmi IRNA, kejadian berlaku di jalan antara daerah Firuzabad dan Kavar pada 11 pagi waktu tempatan (0730 GMT).
Tiga pasukan penyelamat segera dihantar ke lokasi sejurus menerima laporan kejadian itu, kata Pengarah Urusan Persatuan Bulan Sabit Merah wilayah berkenaan, Hossein Darvishi seperti yang dipetik IRNA.
Beliau berkata semua individu yang cedera telah dihantar ke pusat perubatan manakala mangsa yang maut diserahkan kepada pihak berkuasa penguat kuasa undang-undang.
Gabenor Fars, Hosseinali Amiri telah mengarahkan siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian secara terperinci. – Bernama