21 pasukan barakan Liga A2 Amatur 2025/26

21 pasukan barakan Liga A2 Amatur 2025/26
Liga A2 Amatur 2025/26 (Gambar kecil: Yusoff)

Liga A2 Amatur 2025/26 (Gambar kecil: Yusoff)

SAINGAN Liga A2 Amatur 2025/26 dijangka lebih panas dan sengit dengan penyertaan 21 pasukan, meningkat daripada 16 pasukan pada musim lalu.

Kejohanan anjuran Liga Bolasepak Amatur (AFL) itu akan membuka tirai pada 12 September ini dengan empat pembahagian zon Utara, Tengah, Selatan dan Pantai Timur sebelum melabuhkan tirai pada Januari 2026.

Pengerusi AFL, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, sembilan pasukan baharu yang merupakan juara dan naib juara Liga A3 Komuniti 2024 telah dinaikkan pangkat ke saingan Liga A2.

Pasukan tersebut ialah Bintong FC, Kuala Perlis Titans FC, MOF-SMFC, MBMB Warriors, PUSEN Hornet, NS Forces Warriors FC, Teck Hin-KR FC, AZM Rovers FC dan Raub FC.

“Tiga pasukan sedia ada iaitu Kuala Muda FA, AAK Ultimate FC dan KGKU FC kekal bersaing, manakala USM FC, Kubang Pasu FA, KL Rangers FC dan ACEIO FC pula hadir selaku pasukan jemputan.

“Tiga lagi pasukan UiTM United, YPM FC dan KL Rovers turut memohon untuk beraksi dalam Liga A2 Amatur musim ini,” katanya.

Musim lalu, kejohanan Al-Ikhsan Cup menyaksikan Guar Syed Alwi FC (GSA FC) muncul juara selepas menewaskan Kelantan WTS 4-2 menerusi penentuan penalti di Stadium UiTM, Shah Alam, selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Scroll to Top