fidahruzki@bh.com.my
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan pertambahan 2,195 jangkitan baharu COVID-19, hari ini.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes wabak itu di negara ini setakat tengah hari tadi 375,054 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Sarawak mencatatkan jumlah kes harian tertinggi hari ini iaitu sebanyak 508 kes, disusuli Selangor dengan 431 kes, dan Johor (387).
Beliau berkata, tiga negeri mencatatkan kes satu angka iaitu Labuan dengan enam kes dan masing-masing tiga kes baharu di Putrajaya dan Perlis.
Berita lanjut menyusul
© New Straits Times Press (M) Bhd