“22 Ribu Saman Tapi Masih Bebas?” – MOT Buat Pendedahan

“22 Ribu Saman Tapi Masih Bebas?” – MOT Buat Pendedahan

Oh! Negara

Bayangkan satu syarikat kenderaan berat ni ada 22,000 saman. Macam mana boleh bebas bergerak atas jalan?


Kalau korang selalu bising pasal lori berat bawa laju atau bas ekspres yang main potong macam pelesit, ni mungkin jawapannya.

Kementerian Pengangkutan (MOT) baru je umumkan senarai 28 syarikat kenderaan barangan dan bas ekspres yang ada jumlah saman tertunggak luar biasa bawah Akta 333, 334 dan 715.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, sebanyak 11 syarikat pengendali kenderaan barangan dikesan memiliki lebih 1,000 saman, manakala 17 syarikat pengendali bas ekspres pula mencatatkan lebih 200 saman. Ini bukan angka kecil. Ini petanda besar ada yang tak kena.

Brek tak okay, lesen tak sah, tapi masih boleh beroperasi?

Mot

Antara kesalahan paling biasa dilakukan syarikat kenderaan barangan termasuklah sistem brek dan tayar yang tak ikut spesifikasi, ubah suai kenderaan tanpa kelulusan, tiada lesen memandu, serta tiada lesen kenderaan motor atau insurans sah.

Senang cerita, bawa barang macam biasa, tapi dokumen dan kondisi kenderaan langsung tak lepas piawaian.

Syarikat bas ekspres pula sering disaman kerana memandu melebihi had laju, langgar undang-undang lalu lintas dan gagal patuh aspek teknikal. Bila bas ekspres pun main redah, kita yang jadi pengguna jalan raya memang kena lebih berhati-hati.

KDEB Waste Management & Cepat Ekspres ‘raja saman’…

Berdasarkan statistik MOT, KDEB Waste Management Sdn. Bhd. mencatat jumlah saman aktif paling tinggi iaitu 22,017 saman!

Manakala untuk kategori bas ekspres, Cepat Ekspres Sdn. Bhd. merekodkan 540 saman. Dua nama besar, tapi dengan rekod yang cukup membimbangkan.

MOT beri tempoh 14 hari dari tarikh kenyataan ini untuk semua syarikat terbabit selesaikan saman mereka di mana-mana pejabat JPJ.

Kalau tak, tindakan keras bakal menyusul, termasuk menyenaraihitamkan terus kenderaan mereka. Habis operasi kalau tak ambil serius.

Pssttt! Kalau kita yang bawa kereta ada satu saman pun dah cuak nak bayar, tapi diorang sampai ribu-ribu pun masih jalan macam biasa? Macam mana boleh jadi macam ni? Bila kenderaan besar yang penuh risiko teknikal macam lori dan bas tak diselia betul-betul, pengguna jalan lain yang tanggung akibatnya. Kalau bukan nyawa jadi taruhan, apa lagi yang boleh sedarkan mereka? Tindakan tegas bukan lagi pilihan, dah jadi kewajipan untuk benteras.

Kredit: Buletin TV3
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top