25 maut bas terbalik selepas pulang upacara pengebumian

25 maut bas terbalik selepas pulang upacara pengebumian
Sekurang-kurangnya 25 orang maut pada Jumaat apabila sebuah bas berkapasiti 51 penumpang terbalik di barat Kenya.

Sekurang-kurangnya 25 orang maut pada Jumaat apabila sebuah bas berkapasiti 51 penumpang terbalik di barat Kenya.

NAIROBI – Sekurang-kurangnya 25 orang maut pada Jumaat apabila sebuah bas berkapasiti 51 penumpang terbalik di barat Kenya, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik kenyataan polis.

Ketua Trafik Wilayah Nyanza, Peter Maina berkata,  rombongan berkenaan dalam perjalanan pulang dari majlis pengebumian apabila bas dilaporkan hilang kawalan sebelum terbalik di kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi kemalangan kerap berlaku.

Insiden berlaku di Bulatan Coptic di daerah Kisumu, kira-kira 350 kilometer di barat laut Nairobi. – Bernama/Anadolu

Scroll to Top