25 sukarelawan jururawat Unisza bantu KKM

Kuala Lumpur: Seramai 25 sukarelawan jururawat Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) menyertai misi bantuan Covid-19 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bermula hari ini.
Naib Canselor Unisza, Prof. Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, daripada jumlah itu seramai 19 sukarelawan ditugaskan di dua Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di negeri ini masing-masing di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Chendering dan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM).

Katanya, baki enam lagi sukarelawan jururawat universiti itu akan berkhidmat di PKRC 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), esok.

“Semoga sukarelawan jururawat Unisza dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin dan sentiasa dilindungi daripada jangkitan virus Covid-19,” katanya dalam kenyataan di sini.
Terdahulu, beliau mengadakan sesi taklimat bersama kesemua sukarelawan berkenaan di Bangunan Canselori Unisza.

Malay News
National Desk