bhnews@bh.com.my
PUTRAJAYA: Sebanyak 2,500 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini meningkat 417,512 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor kekal mencatatkan pertambahan kes harian tertinggi dengan 637 kes baharu.
Katanya, ia diikuti dengan Kelantan sebanyak 401 kes, Sarawak (356) dan Johor (205).
“Hanya dua negeri tidak mencatatkan sebarang pertambahan kes hari ini iaitu Labuan dan Perlis,” katanya dalam Facebook, di sini hari ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd




