am@hmetro.com.my
Taiping: Seramai 28 penumpang terselamat selepas berjaya keluar daripada bas ekspres dinaiki, yang terbakar di Kilometer 406 Lebuhraya Utara Selatan arah Kamunting, malam tadi
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan pada 9.16 malam dan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Seramai 28 penumpang berjaya keluar dengan selamat sebelum ketibaan anggota bomba.
“Kebakaran terkawal dan kerja-kerja pemadaman segera dijalankan,” katanya dihubungi media.
© New Straits Times Press (M) Bhd