rnoraina@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Tiga individu sudah diambil keterangan berkaitan kejadian pecah masuk rumah cucu Tun Dr Mahathir Mohamad di Bukit Ledang, di sini, Rabu lalu.
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, setakat ini, tiada tangkapan dilakukan dalam kes terbabit.
“Kita sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti suspek. Tiga individu sudah diambil keterangan.
“Siasatan awal mendapati, kediaman itu mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV), namun tiada simpanan data kerana ia hanya untuk 24 jam sahaja,” katanya dihubungi, hari ini.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan, cucu Dr Mahathir kerugian kira-kira RM1.8 juta selepas kediamannya di Bukit Ledang dipecah masuk.
Menurut sumber, kejadian disedari berlaku 3 petang dan ketika itu, tiada penghuni di rumah.
© New Straits Times Press (M) Bhd