Bersempena dengan bulan Ramadan tahun ini, program Geng Ngaji di Astro Oasis kembali menemui para penonton di kaca televisyen.
Program yang bermanfaat ini membariskan Ustaz Tarmizi Abdul Rahman, Ustaz Mohd Fakhrul Radhi bin Khamarudin, dan Juara Qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa, Farhatul Farizurah bersama-sama para penelefon mengalunkan bacaan Al-Quran.
Jika tahun lepas insiden lucu berkenaan nama seorang penelefon cilik menjadi hiburan santai mereka di studio telah tular di media sosial, kali ini sekali lagi perkara tersebut berlaku secara langsung di kaca televisyen sehingga masing-masing tidak dapat menahan gelak.
Tahun lepas punya ustaz kena sound 🤣 pic.twitter.com/FmTYrObK6r
— Kal-El (@Fakhrul_Khalid) April 24, 2021
Perkara berkenaan berlaku secara tidak sengaja apabila seorang kanak-kanak menelefon mereka di studio dan ketika mahu memulakan bacaan ayat suci al-Quran, panggilannya terputus.
Selain daripada Ustaz Fakhrul dan Farhatul yang memuat naik kembali insiden lucu itu di media sosial masing-masing, video tersebut juga tular di Twitter dan membuatkan ramai terhibur di samping teruja dengan semangat adik bernama Lutfi itu.
Apa yang menarik perhatian lagi, panggilan telefon adik Lutfi itu terputus sampai tiga kali di tempat bacaan yang sama!
Kesian adik ni 😭 3 kali line putus dekat tempat yang sama pic.twitter.com/xwopREJ3vq
— Luqman Jual Bear (@_luqmansalam) April 24, 2021
Walaupun ramai yang kasihan dengan usahanya, namun masing-masing mengakui tidak mampu menahan gelak kerana kebetulan tersebut berlaku sebanyak tiga kali berturut-turut.
Komen-komen yang diterima di Instagram Fakhrul juga banyak yang mencuit hati kerana teringatkan peristiwa yang berlaku tahun lepas.
Mereka juga sempat memuji semangat adik Lutfi tersebut dan berharap agar program ini akan diteruskan setiap tahun kerana sangat bermanfaat dan menceriakan bulan puasa kita.






Sumber: Fakhrulunic,_luqmansalam, Fakhrul_khalid




