'3 kali saya buat pengecaman, hanya ujian cap jari sahkan jenazah itu anak saya'

'3 kali saya buat pengecaman, hanya ujian cap jari sahkan jenazah itu anak saya'

zatuliffah@hmetro.com.my

Besut: “Saya hanya dapat mengesahkan jenazah adalah anak saya selepas membuat ujian cap jari,” kata Rosdi Yunus, 56, bapa kepada Fakhrul Arif, 20.

Fakhrul Arif adalah penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam kemalangan tragis di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) dekat Tasik Banding, Gerik, awal pagi semalam.

Menurutnya, pengecaman pertama dilakukan menerusi gambar pada jam 12 tengah hari namun dia tidak dapat mengesahkan anaknya.

Katanya, dia sekali lagi diminta membuat pengecaman untuk kali kedua jam 3 petang namun masih gagal mengecam jenazah anak keempat daripada lima beradik.

“Pengecaman kedua melalui pakaian tapi saya tidak dapat mengecam sehingga diminta membuat ujian cap jari.

“Apabila keputusan keluar, memang sah anak saya dan saya terima keputusan itu,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Akar di sini.

Terdahulu, jenazah Fakhrul Arif selamat dikebumikan jam 4.30 pagi hari ini.

Rosdi berkata, dia dan keluarga pada awalnya bercadang membawa jenazah anaknya ke kediaman mereka terlebih dahulu namun terpaksa menukar perancangan itu kerana keadaan jenazah yang uzur.

Katanya, jenazah anaknya sebelum itu disembahyangkan di Masjid Hadhari bersama 12 lagi jenazah yang lain.

“Masjid ini jadi lokasi terakhir arwah anak dan penuntut yang lain berkumpul untuk pulang ke kampus dengan menaiki bas.

“Hari ini, masjid ini juga menjadi tempat terakhir mereka sebelum kesemuanya dikebumikan di kampung halaman masing-masing,” katanya.

Rosdi turut melahirkan rasa terharu dengan keprihatinan masyarakat yang memberi sokongan termasuk ada yang menunggu di sepanjang jalan bagi memberi penghormatan terakhir.

Kronologi kemalangan bas ragut 15 nyawa pelajar UPSI

Tragedi pelajar UPSI: Jenazah Adib selamat dikebumikan

Sayu sambut jenazah 13 pelajar UPSI tiba di Masjid Hadhari

Nahas di Gerik: 5 jenazah pelajar UPSI selamat dikebumikan

Suasana pilu iringi pengebumian Nik Amni di awal pagi

Nahas pelajar UPSI: Pemandu bas akan direman selepas keluar hospital

Arwah Amni tegas, amanah… pemergiannya diratapi warga UPSI

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top