3 korban kemalangan tiga kenderaan

3 korban kemalangan tiga kenderaan

am@hmetro.com.my

Bentong: Tiga korban dalam kemalangan tiga kenderaan di Kilometer 50.7 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Kuantan berhampiran Kampung Lentang pada 4.55 petang tadi,

Kejadian membabitkan sebuah lori lima tan, kereta Honda Accord dan kereta Proton Waja.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, seorang lelaki dewasa dan dua perempuan dewasa dalam kereta Honda Accord disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan.

“Selain itu, seorang wanita dan dua kanak-kanak (lelaki dan perempuan) yang cedera menerima rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Bentong.

“Lima lagi termasuk pemandu lori tidak cedera. Operasi menyelamat dilakukan 10 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong, diketuai Komandan Operasi Roslani Seman,” katanya.

Zulfadli berkata, kes seterusnya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top