3 lelaki aktif curi kabel ditahan

3 lelaki aktif curi kabel ditahan

mhafis@mediaprima.com.my

Subang Jaya: Polis menahan tiga lelaki terbabit kegiatan mencuri kabel dan merampas empat guni berisi wayar tembaga bersama alat pemotong di kawasan Putra Height, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, ketika kejadian anggota polis yang menjalankan rondaan jam 12 tengah hari melihat dua kereta dinaiki tiga suspek berusia 40-an dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, anggota polis kemudian menahan mereka untuk pemeriksaan sebelum menemui empat guni yang mengandungi wayar tembaga dan alat pemotong kabel di dalam kereta.

“Soal siasat awal dapati suspek disyaki mencuri kabel sekitar kawasan Subang Jaya. ketiga-tiga suspek ditahan dan rampasan barang kes

kerana gagal memberikan keterangan tentang pemilikan kabel.

“Semakan lanjut dapati ketiga-tiga suspek mempunyai pelbagai jenis rekod jenayah dan narkotik, tidak dikehendaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azlan berkata, hasil ujian air kencing dijalankan dan dapati kesemua suspek adalah positif morphine dan methamphetamine.

“Siasatan narkotik dijalankan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (akta 234).

“Semua suspek direman tiga hari bermula hari ini hingga 19 Januari inibagi membantu siasatan mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 (akta 574) iaitu gagal memberikan keterangan tentang hak pemilikan,” katanya.

Beliau berkata, pihak polis mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang memberikan maklumat kejadian ini sehingga suspek berjaya ditangkap.

“Kertas siasatan akan dilengkap dengan kadar segera dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Selangor untuk pertuduhan ke atas

ketiga-tiga suspek,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top