nooratiqah.sulaiman@bh.com.my
Kuala Lumpur: Beberapa daerah di tiga negeri kini berada di Tahap 1 atau berjaga-jaga kerana mencatatkan suhu maksimum harian hingga 37 darjah celcius tiga hari berturut-turut.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan tiga negeri itu ialah Kedah membabitkan daerah Bandar Baharu, Perak (Larut dan Matang, Kuala Kangsar serta Perak Tengah) dan Kelantan (Machang dan Kuala Krai).
Sementara itu, negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak mencatatkan suhu harian kurang daripada 35 darjah celcius.
Berikutan itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kesan kesihatan akibat cuaca panas yang berpanjangan.
Ia termasuklah mengelakkan melakukan kegiatan fizikal di bawah terik matahari, minum air secukupnya dan berada di tempat teduh atau berhawa dingin.
© New Straits Times Press (M) Bhd