3 rentung kereta rempuh tembok jambatan

3 rentung kereta rempuh tembok jambatan

am@hmetro.com.my

Melaka: Tiga individu maut selepas kereta dinaiki musnah terbakar selepas merempuh tembok jambatan di Jalan Kampung Seri Lanchang, Merlimau, di sini, pagi tadi.

Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba Mohd Farid Abu Bakar berkata, bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 9.09 pagi dan sepasukan 11 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau dan Jasin Bestari dikejarkan ke lokasi untuk operasi menyelamat.

Katanya, sejurus tiba pada 9.16 pagi, pasukan keluaran operasi (PKO) mendapati sebuah kereta Proton Iswara terbabas melanggar temboh jambatan dan terbakar 90 peratus.

“Terdapat tiga orang mangsa terperangkap di dalam kereta dan disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan,” katanya di sini.

Berita lanjut menyusul

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top