3 sungai di Kelantan melepasi paras amaran

3 sungai di Kelantan melepasi paras amaran

am@hmetro.com.my

Kota Bharu: Tiga sungai di Kelantan melepasi paras amaran dan berjaga-jaga setakat 8 pagi ini susulan hujan berterusan.

Menurut Portal infobanjir.water.gov.my, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Semerak di Pasir Putih melepasi paras amaran dengan bacaan 2.57 meter (m) iaitu berbanding paras amaran adalah 2.3 m.

Manakala, Sungai Golok di Rantau Panjang dan Sungai Melor di Jambatan Melor, Bachok melepasi paras berjaga-jaga.

Ketika-tiga sungai berkenaan menunjukkan trend menaik dan sehingga kini, hujan masih berterusan.

Media sebelum ini melaporkan, Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan hampir 20 kampung yang berada di kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer dari Sungai Golok yang bersempadan Malaysia-Thailand dijangka mengalami banjir bermula hari ini hingga Ahad ini.

PRABN dalam kenyataan memaklumkan amaran itu dikeluarkan susulan hujan berterusan, di samping status aras air sungai yang diramalkan naik melebihi paras bahaya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top