mhafis@mediaprima.com.my
Ampang Jaya: Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita serta merampas motosikal curi di Dataran Prim, semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, dua lelaki berusia 37 dan 52 tahun serta wanita berusia 52 tahun itu ditahan oleh Task Force Balai Polis Ampang semasa rondaan cegah jenayah di Dataran Pandan Prima.
Menurutnya, ketiga-tiga suspek dilihat dalam keadaan mencurigakan sebelum dihampiri dan diperkenalkan sebagai anggota polis.
“Pemeriksaan lanjut terhadap motosikal jenis Yamaha Y15zr yang ditunggang oleh suspek pertama melalui Sistem Kompol DCC Ampang Jaya dapati ia masih dilaporkan hilang di Pandan Indah.
“Semakan mendapati suspek wanita mempunyai tiga rekod lampau tidak dikehendaki manakala suspek pertama tidak mempunyai rekod lampau manakala suspek kedua adalah warganegara asing,” katanya, hari ini.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd