“3 Tahun Berlalu…” – Najib Razak Dedah Apa Berlaku Dalam Penjara

“3 Tahun Berlalu…” – Najib Razak Dedah Apa Berlaku Dalam Penjara

Oh! Negara

Najib Razak kongsi nukilan penuh emosi dari penjara selepas 3 tahun, luah derita.


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi mencuri perhatian apabila menulis luahan hati dari dalam penjara.

Dalam nukilan panjang penuh emosi itu, Najib menggambarkan suasana Subuh yang sepi, sayup kedengaran azan dari kejauhan, seakan membawa makna yang lebih dalam buat dirinya.

Dari kurungan sayup azan subuh kedengaran. Berlantaikan simen sejuk, tikar sejadah menjadi teman. Hati penuh luka. Duka. Redha. Bersama doa. 3 tahun berlalu…- Tulisnya.

Ungkapan itu jelas memberi gambaran bagaimana Najib menempuh hari-hari dalam tahanan dengan kesabaran, doa dan ketabahan.

Najib tidak menafikan beban yang ditanggung sepanjang tiga tahun ini, menyifatkan dirinya melalui perjalanan penuh rintangan.

Najib Razak bercakap soal luka, halangan dan keadilan…

Hati penuh luka mencari keadilan, penuh duka hadapi halangan, redha menanggung ‘kezaliman’, bersama doa keluarga dan rakyat.

Kata-kata ini seolah-olah mencerminkan perjuangannya yang masih belum selesai, sambil memberi bayangan bahawa dia yakin akan tiba saat kebenaran muncul jua.

Di hujung nukilan, Najib meninggalkan tanda tanya besar. Seakan-akan memberi isyarat bahawa walaupun masa terus berlalu, dia tetap menunggu satu detik yang pasti akan tiba.

Saat itu pasti tiba. Bila…..- Tambahnya.

Ungkapan itu membuat ramai penyokong tertanya-tanya, apakah yang dimaksudkan oleh Najib? Adakah ia tentang pembebasan, keadilan, atau mungkin sekadar luahan harapan seorang insan yang terkurung?

Pssttt! Kadang-kadang, hidup akan uji kita dengan luka, kesabaran dan air mata. Tak kira siapa kita, orang biasa atau pemimpin, penjara terbesar sebenarnya bukan dinding simen, tapi rasa putus asa. Korang jangan pernah berhenti berdoa dan berusaha, sebab satu saat nanti, keadilan dan kebahagiaan akan tiba pada waktunya.

Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top