30 rumah atas air terbakar: Jumlah mangsa bertambah

30 rumah atas air terbakar: Jumlah mangsa bertambah

am@hmetro.com.my

Pasir Gudang: Jumlah mangsa kebakaran perkampungan Orang Asli di Kampung Teluk Jawa, Masai yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Muafakat Taman Megah Ria meningkat.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor berkata, setakat 8 malam, seramai 148 mangsa daripada 39 keluarga berlindung di PPS berkenaan, berbanding 117 (30 keluarga) petang tadi.

Terdahulu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang Timbalan Penguasa Bomba II Firdaus Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kebakaran pada 7.14 pagi membabitkan 30 rumah.

Kebakaran yang memusnah 90 peratus kediaman atas air suku Orang Asli Seletar, selain turut merosakkan dua bot, sebuah kereta dan enam motosikal penduduk.

Seminggu lagi nak Ramadan, rumah kami hangus terbakar

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top