Riyadh: Kira-kira 33.8 juta juadah iftar diagihkan di Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah sepanjang Ramadan.
Angka ini mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap jemaah dan komitmennya dalam menyediakan suasana rohani yang menyeluruh.
Operasi pengagihan iftar dijalankan di bawah sistem perkhidmatan bersepadu yang dipantau oleh Pihak Berkuasa Am bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Ini termasuk lokasi yang teratur dan piawaian kesihatan untuk memastikan pengagihan berjalan lancar dan selamat bagi jemaah dan pelaksana umrah, terutamanya semasa waktu puncak sebelum solat Maghrib, lapor agensi berita Saudi.
Usaha ini menunjukkan koordinasi yang berkesan dalam pengurusan orang ramai dan perkhidmatan operasi, meningkatkan kualiti perkhidmatan di kedua-dua masjid suci sejajar dengan wawasan Saudi 2030, tambah laporan itu.
Makanan diagihkan di kawasan iftar yang ditetapkan di masjid-masjid, mengikut piawaian kesihatan yang ketat untuk memastikan keselamatan para jemaah.
Pihak berkuasa turut memperkenalkan perkhidmatan dalam talian sebelum bulan suci, di mana individu, organisasi kebajikan dan wakaf boleh mengemukakan permohonan untuk menderma juadah iftar.
© New Straits Times Press (M) Bhd




