am@hmetro.com.my
Sibu: Seramai 38 penghuni dari sembilan keluarga hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka di Rumah Panjang Gamang di Jalan Penasu, di sini, musnah dalam kebakaran, semalam.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah dengan bantuan BBP Sibu Sentral bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.56 petang.
“Sejurus sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati api sedang marak memusnahkan struktur bangunan rumah panjang jenis tidak kekal itu,” katanya.
Menurutnya, selepas setengah jam menjalankan kerja memadam kebakaran, api akhirnya berjaya dikawal pada jam 7.44 malam.
Kataya, kebakaran tidak menyebabkan kecederaan atau kemalangan jiwa berikutan semua penghuni berjaya menyelamatkan diri.
Beliau berkata, punca kebakaran dan kerugian dialami penghuni masih dalam siasatan.
© New Straits Times Press (M) Bhd




