38 terkorban banjir kilat di Turki

38 terkorban banjir kilat di Turki

ISTANBUL: Banjir kilat melanda Turki semalam mengorbankan 38 orang, masing-masing 32 mangsa di wilayah Kastamonu dan enam lagi di Sinop.

Bagaimanapun, ramai penduduk dilaporkan hilang dalam bencana alam itu yang disifatkan saintis berpunca akibat kesan pemanasan global.

Bencana alam itu mendapat perhatian Presiden Recep Tayyip Erdogan yang bertindak turun melawat kawasan banjir melanda wilayah di pesisir Laut Mati.

Erdogan mengucapkan takziah kepada mangsa banjir ketika menghadiri upacara pengebumian dan mengetuai solat bersama ratusan penduduk di bandar Kastamonu.

“Kerajaan akan membantu secepat mungkin dan bangkit semula. Kita tidak dapat menghidupkan semula insan yang terkorban tetapi kerajaan akan membantu mereka yang kehilangan ahli keluarga,” katanya.

Perkhidmatan kecemasan berkata, paras air mencecah empat meter di beberapa kawasan dan terus meningkat serta merebak merentas negara itu seluas 240 kilometer.

Gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan banyak jambatan runtuh dilanggar arus deras dan jalan raya dipenuhi lumpur di samping lebih 200 kampung terputus bekalan elektrik. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top