381 mangsa banjir dipindahkan di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Ipoh: 381 penduduk di daerah Larut, Matang dan Selama dipindahkan ke lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) akibat banjir berikutan hujan lebat, peningkatan dari 86 mangsa banjir semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, bagi kawasan Batu Kurau, seramai 90 orang dari Kampung Sg Ara dipindahkan ke PPS di dewan kampung itu, manakala 215 penduduk dari Kampung Pantai Besar dan Kampung Jemerang Star dipindahkan ke dua PPS iaitu Dewan Orang Ramai Pantai Besar serta Sekolah Kebangsaan Pantai Besar.

Di daerah Taiping, 44 penduduk terkesan banjir Kampung Changkat Baru, Matang ditempatkan di Sekolah Rendah Agama Rakyat Ngah Ibrahim Al Barakah, dan 32 lagi mangsa banjir dari Kampung Air Kuning kini berlindung di dewan orang ramai kampung itu.

Jurucakap itu berkata, pihaknya masih menjalankan operasi dikawasan yang terjejas dan PPS untuk memastikan keselamatan semua mangsa banjir.

Malay News
Farah Fauzi