4 kampung di Lawas dilanda banjir

4 kampung di Lawas dilanda banjir

mdroji@bh.com.my

Kuching: Seramai 34 penduduk daripada empat kampung di Lawas dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) apabila kediaman mereka dilanda banjir, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, empat kampung terbabit iaitu Kampung Ranau, Kampung Lubuk Abai, Kampung Seberang Kedai Trusan dan Kampung Murud Suang Trusan dilanda banjir selepas hujan lebat berterusan sejak semalam.

Menurutnya, bomba menerima panggilan daripada ketua masyarakat di kawasan itu pada jam 10.10 pagi tadi yang meminta bantuan memindahkan penduduk berikutan keadaan banjir yang semakin membimbangkan.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas diarah ke lokasi bersama dua bot.

“Pemindahan penduduk yang ditempatkan di PPS Dewan Trusan selesai pada jam 4.55 petang,” katanya.

Menurutnya lagi, pemantauan masih dijalankan berikutan paras air yang masih tinggi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top