4 lelaki ditahan, roboh kuil di Rawang – Polis

4 lelaki ditahan, roboh kuil di Rawang – Polis

harisfadli@hmetro.com.my

Rawang: Empat lelaki ditahan kerana disyaki merobohkan kuil haram tanpa sebarang pemakluman kepada pihak berkuasa tempatan, hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu daripada seorang lelaki tempatan hari ini.

“Hasil siasatan mendapati sebahagian kuil dirobohkan tanpa ada perbincangan dan tiada pemberitahuan kepada pihak berkuasa tempatan serta pengadu sebelum melakukan aktiviti pembersihan.

“Tangkapan dibuat ke atas empat lelaki tempatan berusia lingkungan 26 hingga 39 tahun serta rampasan sebuah jengkaut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 427/295/504/447 Kanun Keseksaan secara telus, profesional dan berlandaskan undang-undang bagi memberi keadilan kepada semua pihak terbabit.

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh mencetuskan ketegangan serta diminta untuk kekal rasional dalam setiap tindakan.

Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Eqhmal Hakimi Zainodin di talian 0136117371 atau Bilik Gerakan IPD Gombak di 03 61262222.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top