4 maut motosikal bergesel sesama sendiri

4 maut motosikal bergesel sesama sendiri

am@hmetro.com.my

Seremban: Empat maut manakala 11 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sekumpulan penunggang motosikal dekat Kilometer 262 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dekat sini, awal pagi hari ini.

Kemalangan kira-kira jam 3 pagi berhampiran Plaza Tol Seremban/ Labu itu dipercayai berlaku selepas kumpulan berkenaan bergesel sesama sendiri.

Maklumat awal diterima mendapati tiga maut di lokasi, manakala seorang lagi meninggal dunia ketika dirawat di hospital.

Pihak polis akan mengeluarkan kenyataan lebih terperinci berhubung kejadian.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top