4 pegawai penguat kuasa ditahan disyaki ambil rasuah RM12,000

4 pegawai penguat kuasa ditahan disyaki ambil rasuah RM12,000

am@hmetro.com.my

Kota Bharu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat pegawai penguat kuasa, hari ini kerana disyaki menerima rasuah sebanyak RM12,000 daripada seorang lelaki akhir tahun lalu.

Menurut sumber, semua suspek ditahan di pejabat masing-masing kira-kira tengah hari tadi.

“Mereka kemudian dibawa ke pejabat SPRM Kelantan di sini petang ini untuk siasatan lanjut,” kata sumber itu.

Sumber berkata, keempat-empat individu itu dipercayai menerima wang berkenaan sebagai balasan kerana tidak mengambil tindakan terhadap lelaki yang didapati membawa barangan terlarang di dalam kenderaannya.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Azmin Yusoff, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top