“4 Tahun Disimpan” – Fyna Jebat Rupa-Rupanya Tidak Cerai, Masih Isteri Kepada Datuk Zainal Abidin

“4 Tahun Disimpan” – Fyna Jebat Rupa-Rupanya Tidak Cerai, Masih Isteri Kepada Datuk Zainal Abidin

Oh! Artis

Fyna Jebat dedah masih isteri sah Zainal Abidin selepas 4 tahun disimpan, akui belum cerai dan tak tahan lagi simpan rahsia.


Isu rumah tangga penyanyi Fyna Jebat terus hangat diperkatakan apabila dia tiba-tiba membuat satu luahan panjang lebar di Instagram Story.

Dalam pendedahan itu, Fyna mendedahkan rahsia bahawa dia sebenarnya menjadi simpanan seseorang selama 4 tahun.

Fyna jadi simpanan selama 4 tahun, isteri pertama tak tahu

Malah, hasil perkahwinan dia dikurniakan seorang anak perempuan yang umurnya hampir mencecah dua tahun.

Fyna Jebat

Terbaru, Fyna dalam laporan mStar menjelaskan bahawa hantaran berbaur kemarahan itu memang ditujukan kepada suaminya kerana sudah tidak mampu lagi menahan perasaan.

Ya, luahan disimpan itu saya tujukan kepada suami saya Zainal Abidin. Kami sebenarnya belum cerai lagi dan sehingga sekarang saya masih isteri yang sah. Isteri pertama tidak tahu saya ini masih lagi isteri dia. Saya buat kenyataan tersebut adalah untuk kebaikan anak saya.

Menurut adik kepada selebriti popular Ayda Jebat ini, dia mengambil keputusan untuk bersuara demi kesihatan mental dan masa depan anaknya.

Fyna Jebat

Takkan saya mahu berdiam diri sampai anak dah dewasa? Saya tidak mampu bertahan lagi sebab lambat laun orang akan tahu juga.

Pada Mei 2023, bekas jurulatih bola sepak terkenal, Datuk Zainal Abidin Hassan didakwa sudah bercerai dengan Fyna selepas isteri keduanya itu tiada persefahaman dengan isteri pertama, Datin Zalina Zaini.

Terdahulu Januari 2023, isteri-isteri Datuk Zainal Abidin dilaporkan pernah terlibat dalam insiden tarik rambut di sebuah restoran di Shah Alam.

Pssttt! Isu ini jelas memberi kesan besar kepada emosi dan kehidupan seorang wanita serta anak kecil yang tidak berdosa. Apa pun, kejujuran akhirnya tetap akan terbongkar. Harap semua pihak dapat menyelesaikan isu ini dengan baik demi masa depan anak mereka.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top