40 tong berisi 1,000 liter diesel gagal diseludup ke Thailand

40 tong berisi 1,000 liter diesel gagal diseludup ke Thailand

nfazlina@nstp.com.my

Rantau Panjang: Pasukan Gerakan Am (PGA) menggagalkan kegiatan penyeludupan diesel selepas merampas 40 tong jerikin mengandungi 1,000 liter diesel yang dipercayai untuk diseludup ke Thailand.

Bekalan diesel itu dirampas oleh Batalion 7 di Kampung Dangar, di sini, 9 pagi semalam.

Pemangku Komander Briged Tenggara PGA, Asisten Komisioner Ijid Landu Binju berkata, rampasan dilakukan selepas pihaknya menahan sebuah pacuan empat roda.

“Suspek yang juga pemandu kenderaan melarikan diri dengan meninggalkan kenderaan di tepi jalan.

“Hasil pemeriksaan mendapati 40 tong jerikin mengandungi minyak diesel anggaran 1,000 liter berada di dalam kenderaan berkenaan yang dipercayai untuk diseludup ke Thailand.

“Anggaran rampasan keseluruhan bernilai RM42,900 termasuk kenderaan dan ia diserahkan kepada KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup)

Pasir Mas untuk tindakan lanjut,” katanya.

Jelasnya, kes disiasat bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top