41 terbunuh dalam serangan Israel ke atas ibu pejabat IRGC di utara Iran

41 terbunuh dalam serangan Israel ke atas ibu pejabat IRGC di utara Iran
Pejabat perhubungan awam IRGC memaklumkan bahawa serangan itu mengakibatkan kematian orang awam dan anggota tentera kerahan.

Pejabat perhubungan awam IRGC memaklumkan bahawa serangan itu mengakibatkan kematian orang awam dan anggota tentera kerahan.

ISTANBUL – Sekurang-kurangnya 41 orang terbunuh dalam serangan Israel ke atas ibu pejabat Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) di utara wilayah Alborz, menurut pengumuman kumpulan itu pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi.

Pejabat perhubungan awam IRGC memaklumkan bahawa serangan itu mengakibatkan kematian orang awam dan anggota tentera kerahan.

Tentera Israel pada Isnin berkata, pihaknya telah menyasarkan ibu pejabat pasukan separa tentera Basij serta pasukan keselamatan dalam negeri di Alborz.

Konflik selama 12 hari antara Israel dan Iran tercetus pada 13 Jun apabila Israel melancarkan serangan udara terhadap lokasi tentera, nuklear, dan awam Iran, mengakibatkan sekurang-kurangnya 606 orang terbunuh dan 5,332 lagi cedera, menurut Kementerian Kesihatan Iran.

Teheran kemudiannya melancarkan serangan balas menggunakan peluru berpandu dan dron terhadap Israel.

Konflik itu terhenti selepas gencatan senjata tajaan Amerika Syarikat berkuat kuasa pada 24 Jun. – Bernama

Scroll to Top