5 kenderaan hantar pelajar ke 34 sekolah mulai Isnin ini

5 kenderaan hantar pelajar ke 34 sekolah mulai Isnin ini

am@hmetro.com.my

Shah Alam: Sebanyak lima kenderaan daripada Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) serta program demand-responsive transit (DRT) Selangor akan menghantar pelajar ke 34 sekolah masing-masing bermula Isnin ini.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, mungkin lebih banyak kenderaan akan disediakan jika diperlukan bagi memastikan pelajar dapat kembali ke sekolah dengan lancar.

“Kita kenal pasti sebenarnya bukan satu sekolah sebaliknya ada 34 sekolah.

“Saya cuba untuk tambah lagi tambah (kenderaan) lagi dari semasa ke semasa, tapi pusat penghantarannya daripada PPS ke sekolah.

“Kita bersedia untuk menyediakan kemudahan tambahan jika keperluan meningkat,” katanya dalam sidang media di Wisma Dewan Annex di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, rujukan mengenai pengangkutan itu boleh dibuat melalui ketua PPS yang bertanggungjawab di kawasan masing-masing untuk memastikan koordinasi lebih baik dan pengurusan yang efisien.

Sementara itu Amirudin menjelaskan tiada isu ‘double standard’ dalam pengagihan bantuan yang diberikan kepada mangsa terjejas dengan tragedi itu.

Menurutnya, kerajaan negeri dan Petronas akan menyelaraskan agihan sumbangan bagi memastikan ia teratur dan sampai kepada penerima yang sah.

“Sumbangan tambahan daripada pihak lain akan menyusul secara tersusun bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar layak.

“Kita tidak mahu mangsa yang layak tercicir. Semua pemberian bantuan oleh kerajaan adalah jelas malah pihak berkuasa perlu terlebih dahulu mengesahkan pemilikan rumah, antara lain, bagi memastikan kelayakan penerima,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top