5 lagi Exco Perak dijangka angkat sumpah jam 5 petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Ipoh: Lima lagi bakal Exco lagi EXCO Perak dijangka mengangkat sumpah di depan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta jam 5 petang ini.
Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini berkata, ia perlu disegerakan kerana pembentangan belanjawan negeri dan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan berlangsung esok.
Beliau berkata, pagi tadi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan juga Menteri Perak, Datuk Saarani Mohamad menghadap serta memohon perkenan Tuanku untuk dapat dilangsungkan istiadat mengangkat sumpah lima lagi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
“Memahami keadaan itu, baginda memberikan perkenan untuk majlis angkat sumpah lima ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dilangsungkan di Istana Kinta, jam 5 petang ini,” katanya pada sidang media di hadapan Istana Kinta, hari ini selepas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad menghadap Sultan Perak.
Mohd Annuar berkata, majlis angkat sumpah akan dilangsungkan dengan kehadiran Saarani; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan Hakim Utama Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Hisham Hashim.
“Dalam suasana pandemik begini baginda memperkenankan untuk mengadakan majlis seringkas mungkin.
“Pemberita tidak dibenarkan untuk hadir majlis angkat sumpah itu kerana kita menghormati perintah penjarakan fizikal,” katanya.
Abdul Hadi bagaimanapun tidak bertemu dengan petugas media yang menunggu di luar istana selepas menghadap Sultan Nazrin selama kira-kira 40 minit.

ZA137 Malay News
National Desk