5 maut, 13 cedera letupan di gedung beli-belah

5 maut, 13 cedera letupan di gedung beli-belah
5 maut, 13 cedera letupan di gedung beli-belah

Insiden berlaku di bahagian medan selera yang masih dalam pembinaan. Foto Agensi

TAIPEI – Letupan gas di sebuah gedung beli-belah di Taichung, Taiwan, sekitar 11 pagi Khamis mengakibatkan lima maut, manakala 13 lagi cedera.

Insiden itu berlaku di bahagian medan selera yang masih dalam pembinaan.

Operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan dengan bantuan pihak bomba tempatan.

Siasatan bagi mengenal pasti punca letupan masih diteruskan. – Bernama

Scroll to Top