Ketika nama pasangan selebriti Kamal Adli dan Uqasha Senrose menjadi perhatian umum, seorang individu yang dikenali sebagai ‘Coach Cerai’ turut tumpang mencuri tumpuan.
Menurut laporan mStar, Mohd Izary Muhammed Ikbal yang bertindak sebagai perunding hubungan rumah tangga mendakwa dia mampu ‘baca’ tahap kebahagiaan sesebuah perkahwinan hanya dalam masa yang sangat singkat!
Kalau saya jumpa satu pasangan dan luang masa seminit pun, saya boleh tahu pasangan tu boleh bertahan lama atau tak.
Saya cuma perlukan lima minit untuk tahu mereka bahagia atau tidak.
Coach Cerai akui bukan 100% tepat

Walau bagaimanapun, Izary menegaskan bahawa pemerhatiannya tidak semestinya 100 peratus tepat kerana ia berdasarkan corak dan pola yang sering dilihat daripada kes-kes sebelum ini.
Segala-galanya dalam hidup ni ada pola. Kita boleh perasan benda tu berulang.
Bahagia di media sosial, realiti derita?

Izary turut berkongsi kisah benar yang pernah diuruskan, di mana kebahagiaan pasangan hanya sekadar ‘content’ media sosial.
Saya pernah kendalikan satu kes, suami nampak penyayang di media sosial tapi kaki pukul isteri di belakang.
Ada juga isteri yang nampak setia tapi sebenarnya ada dua tiga kekasih lain.
Jelasnya, apa yang dipaparkan di media sosial tidak boleh dipercayai 100 peratus kerana ramai hanya memilih untuk menunjukkan sisi indah kehidupan mereka sahaja.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.



