50% penjawat awam dibenarkan di pejabat

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri Sabah kini akan membenarkan 50 peratus penjawat awam hadir di pejabat, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

Sebelum ini, hanya 30 peratus kakitangan yang dibenarkan hadir di pejabat masing-masing.

Kata Masidi, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Covid-19 hari ini (2 Dis) memutuskan untuk mengizinkan kehadiran 50% perkhidmatan awam, mulai 7 Disember katanya dalam sidang media hari ini.

Katanya lagi kerajaan sedang mempertimbangkan pelbagai faktor seperti ekonomi dan jumlah kes semasa dalam memutuskan untuk memperluas atau tidak Perintah Pengawal Bersyarat (CMCO) di negeri ini.

Masidi menyatakan bahawa Sabah masih mempunyai angka tiga digit dan oleh itu keadaan Covid-19 di sini masih berada pada tahap yang membimbangkan.

Malay News
Farah Fauzi